Posts

Minuman Sihat Untuk Kekal Hidrat Selepas Bersenam

Image
Pada hari yang panas terik, selepas bersenam atau apabila anda berasa haus, badan anda perlu terhidrat kembali. Sebelum mengambil air yang terdapat di rak minuman, baca dahulu label dan pastikan apa yang anda pilih betul-betul akan menghidratkan kembali badan anda. Adakah Air Kosong Pilihan Terbaik? Ada masanya anda tidak semestinya minum air kosong sahaja. Air minuman tenaga untuk bersukan adalah pilihan yang lebih baik kerana boleh membantu elektrolit dalam badan berada pada tahap konsentrasi yang betul. Malah ada juga minuman bersukan yang mempunyai glukos tambahan untuk memberi tenaga. Sekiranya tubuh anda kehabisan glukos, anda akan pitam atau pengsan dan menyebabkan penurunan prestasi yang mendadak. Seelok-eloknya, gabungkan keduanya. Air kosong berguna pada 60 minit pertama, selepas jangkamasa itu anda mungkin boleh memilih minuman bertenaga. Tip Memilih Minuman yang Memberikan Hidrasi Kembali dengan Nutrisi yang Betul 🔎 Mempunyai kedua-dua gula r

Awas 5 Kesan Bahaya Dehidrasi Yang Anda Tidak Jangka!

Image
60% daripada badan anda terdiri daripada air, oleh itu pastikan badan sentiasa terhidrat untuk fungsi tubuh yang optimum. Teruskan membaca untuk mengetahui apakah kesan dehidrasi terhadap badan anda. 1)Anda Tidak Boleh Fokus atau Berfikir Dengan Jelas Otak memerlukan air yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya dehidrasi berlaku, anda akan sedar bahawa fungsi kognitif atau mood anda akan berubah dan mungkin menyebabkan anda menjadi keliru atau tidak fokus. 2) Anda Mengidam Sesuatu Yang Manis Apabila anda dehidrasi, anda mungkin mengidam sesuatu yang manis kerana tubuh anda memerlukan bantuan menghasilkan glikogen, suatu bentuk karbohidrat yang disimpan dan digunakan oleh tubuh sebagai bahan bakar. Petua: Minum air segelas besar atau makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air. 3) Anda Merasa Keletihan / Lesu dan Sakit Kepala / Pening Air membantu tubuh anda mengawal kadar gula dalam darah dan