Tips Untuk Cantikkan Kulit Secara Berkesan

Assalamualaikum semua,

Lamanya tak update entry kat blog nie. Maklum la sue busy sikit sejak dua menjak nie..hehe

Untuk entry kali nie, sue akan bagi tips untuk cantikkan kulit secara berkesan. Tips nie semua orang mampu buat sebab hanya menggunakan bahan semulajadi.

Yang paling penting adalah Natural, Murah dan Selamat!

Boleh refer senarai bahan yang diperlukan di bawah 👇

1) Tomato


Selepas mencuci muka dengan bersih, ambil sebiji tomato dan di belah dua.  Gosok dan sapukan tomato tadi ke wajah anda dan biarkan selama 15 minit. Untuk mendapatkan kesan kulit cerah yang memuaskan haruslah diamalkan setiap hari.

2) Betik


Buah betik memang sedap kan? Tambah-tambah yang disejukkan dalam peti sejuk. Namun tahukah anda, buah betik juga boleh digunakan untuk mencantikkan wajah serta memutihkan kulit muka.

Caranya: Hancurkan buah betik sebelum disapuka  di bahagian muka. Selepas itu, biarkan selaa 20 minit dan bilas dengan air bersih.

3) Lemon
 


Lemon mengandungi Vitamin C yang tinggi dan mampu menyegarkan wajah. Jika wajah segar, pasti pori-pori akan mengecil.

Caranya: Perah lemon ke dalam gelas dan oleskan perahan lemon tersebut diwajah setiap malam sebelum tidur.

4) Epal


Epal boleh digunakan untuk melembapkan kulit wajah.

Caranya: Parut epal yang telah di cuci dengan air bersih. Parutan epal tersebut boleh dicampur dengan madu lalu digunakan sebagai masker. Biarkan sampai kering dan bilas dengan air bersih.

5)Kulit Pisang


Kulit pisang mempunyai manfaat yang luar biasa untuk melembapkan kulit. Bahagian dalam kulit pisang boleh digunakan untuk disapu di bahagian wajah. Biarkan selama 15 minit dan kemudiannya di bilas dengan air bersih.



Terima kasih kerana sudi membaca. Boleh komen dan share jika bermanfaat 😍


Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan dan Manfaat DTX Complex Shaklee Untuk Masalah Hati

Sakit Belakang Hilang Dengan Ostematrix

Promosi OsteMatrix October 2017